Pencemaran Darat

PENCEMARAN DARAT
DEFINISI

Pencemaran darat didefinisikan sebagai perbuatan yang berlaku di sesuatu kawasan sehingga kejadian perubahan warna, kesuburan dan hakisan. Bahan pencemar ini terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik. Tanah akan bertukar menjadi kehitaman dan tumbuh- tumbuhan di kawasan tersebut mulai menjadi layu.

 PUNCA PENCEMARAN DARAT

1.PEMBUANGAN SAMPAH SARAP
Pembuangan sampah sarap domestic sering dilakukan oleh individu dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Mereka lebih suka mengambil jalan yang mudah untuk membuang sampah merata- rata tanpa memikirkan impak negative yang mendatang.

2.PEMBUANGAN SISA TOKSIK DAN NUKLEAR
Apabila sisa toksik dan nuclear telah mencemari permukaan tanah, maka ia akan menyebabkan tanah merosot. Hal ini akan memberi impak yang besar kepada manusia dan alam sekitar.

3.PENEBANGAN POKOK
Kawasan hutan ditebang untuk mendapatkan hasil balak yang mempunyai keuntungan yang lumayan. Penebangan hutan ini menyebabkan struktur tanah ini menjadi longgar. Hal ini disebabkan oleh ketiadaan akar pokok untuk mencengkam tanah. Kesannya, tanah runtuh akan terjadi dan boleh membahayakan nyawa penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran. 

KESAN

1.Penyebaran kuman penyebaran
Haiwan seperti tikus, lipas, dan lalat akan tertumpu di kawasan yang yang kotor dan menyebarkan kuman – kuman ke tempat yang lain. Sebagai contoh, apabila makanan yang dihinggapi oleh lalat dan seterusnya dimakan oleh manusia tanpa sengaja, maka manusia itu akan mudah diserang keracunan makanan, dan menyebabkan diserang penyakit yang serius.

2.Hakisan tanah
Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sering terjadi. Perkara ini bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi, malah boleh mengancam keselamatan dan nyawa manusia, seperti kejadian tanah runtuh dan gempa bumi. Antara factor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan aktiviti pembalakan haram. 

LANGKAH MENGATASI

1.KEMPEN KESEDARAN
Kempen ini diadakan bagi mengurangkan masalah pencemaran yang semakin hari semakin menjadi – jadi. Antara akativi yang boleh dilakukan adalah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula dan kempen sahabat alam. Melalui kempen ini, pengguna akan sedar betapa pentinngnya menjaga alam sekitar.

2.PENDEDAHAN MEDIA MASSA
Peranan media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan pendedahan ini, masyarakat umum akan lebih berhati – hati dalam menangani isu ini.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pencemaran Bunyi

Pencemaran Udara