Posts

Showing posts from February, 2018

Pencemaran Darat

PENCEMARAN DARAT DEFINISI Pencemaran darat didefinisikan sebagai perbuatan yang berlaku di sesuatu kawasan sehingga kejadian perubahan warna, kesuburan dan hakisan. Bahan pencemar ini terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik. Tanah akan bertukar menjadi kehitaman dan tumbuh- tumbuhan di kawasan tersebut mulai menjadi layu.   PUNCA PENCEMARAN DARAT 1.PEMBUANGAN SAMPAH SARAP Pembuangan sampah sarap domestic sering dilakukan oleh individu dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Mereka lebih suka mengambil jalan yang mudah untuk membuang sampah merata- rata tanpa memikirkan impak negative yang mendatang. 2.PEMBUANGAN SISA TOKSIK DAN NUKLEAR Apabila sisa toksik dan nuclear telah mencemari permukaan tanah, maka ia akan menyebabkan tanah merosot. Hal ini akan memberi impak yang besar kepada manusia dan alam sekitar. 3.PENEBANGAN POKOK Kawasan hutan ditebang untuk mendapatkan hasil balak yang mempunyai keuntungan yang lumayan. Penebangan hutan...

Pencemaran Air

Assalamualaikum , untuk kali ini saya akan menceritakan tentang pencemaran air . Apa itu pencemaran air ?Pencemaran air bermaksud  , perubahan yang berlaku dari segi kandungan , keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan terhadap manusia yang menggunakan . Sebab apa pencemaran air berlaku ? Pencemaran air berlaku disebabkan oleh  pembuangan sisa buangan bahan kumbahan dosmetik , sisa buangan dari aktiviti industri , pembuangan sampah sarap dari loji atau tapak pelupusan sampah , pencemaran dari aktiviti pertanian , aktiviti pembukaan tanah atau projek pembinaan perumahan , aktiviti penternak haiwan dan aktiviti pembalakan . Jika pencemaran ini terus berlaku banyak kesan yang akan berlaku .Sebagai contoh kesan dari pencemaran air ialah ,  kesihatanmanusiaterjejas , kepupusan kehidupan akuatik , peningkatan perbelanjaan kerajaan , sektor perlancongan negara terjejas dan sumber pendapatan nelayan terjejas .