Posts

Pencemaran Darat

PENCEMARAN DARAT DEFINISI Pencemaran darat didefinisikan sebagai perbuatan yang berlaku di sesuatu kawasan sehingga kejadian perubahan warna, kesuburan dan hakisan. Bahan pencemar ini terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik. Tanah akan bertukar menjadi kehitaman dan tumbuh- tumbuhan di kawasan tersebut mulai menjadi layu.   PUNCA PENCEMARAN DARAT 1.PEMBUANGAN SAMPAH SARAP Pembuangan sampah sarap domestic sering dilakukan oleh individu dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Mereka lebih suka mengambil jalan yang mudah untuk membuang sampah merata- rata tanpa memikirkan impak negative yang mendatang. 2.PEMBUANGAN SISA TOKSIK DAN NUKLEAR Apabila sisa toksik dan nuclear telah mencemari permukaan tanah, maka ia akan menyebabkan tanah merosot. Hal ini akan memberi impak yang besar kepada manusia dan alam sekitar. 3.PENEBANGAN POKOK Kawasan hutan ditebang untuk mendapatkan hasil balak yang mempunyai keuntungan yang lumayan. Penebangan hutan...

Pencemaran Air

Assalamualaikum , untuk kali ini saya akan menceritakan tentang pencemaran air . Apa itu pencemaran air ?Pencemaran air bermaksud  , perubahan yang berlaku dari segi kandungan , keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan terhadap manusia yang menggunakan . Sebab apa pencemaran air berlaku ? Pencemaran air berlaku disebabkan oleh  pembuangan sisa buangan bahan kumbahan dosmetik , sisa buangan dari aktiviti industri , pembuangan sampah sarap dari loji atau tapak pelupusan sampah , pencemaran dari aktiviti pertanian , aktiviti pembukaan tanah atau projek pembinaan perumahan , aktiviti penternak haiwan dan aktiviti pembalakan . Jika pencemaran ini terus berlaku banyak kesan yang akan berlaku .Sebagai contoh kesan dari pencemaran air ialah ,  kesihatanmanusiaterjejas , kepupusan kehidupan akuatik , peningkatan perbelanjaan kerajaan , sektor perlancongan negara terjejas dan sumber pendapatan nelayan terjejas . 

Pencemaran Udara

APAKAH ITU PENCEMARAN UDARA? Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan . Bahan –bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Bahan-bahan ini akan masuk kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen kedalam salur-salur darah. Pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan atau gabungannya dalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia, haiwan atau mengganggu suasana kehidupan APAKAH JENIS BAHAN PENCEMARAN UDARA? SULFUR DIOKSIDA Sifat - Beracun, tidak berwarna, berbau tengik Sumber - Pembakaran bahan api fosil yang mengandungi sulfur, gunung berapi aktif Kesan berbahaya - Membentuk hujan asid, Memusnahkan tumbuhan, Menyebabkan masalah pernafasan seperti sukar bernafas, bronkitis, dan...

Pencemaran Bunyi

APA ITU PENCEMARAN BUNYI ? pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia berlaku apabila kita mendengar sesuatu bunyi yang bising dan kita merasa tidak tenang dan kemungkinan juga menjadikan kita stress. Organ yang terlibat dalam pencemaran bunyi ialah telinga. DEFINISI PENCEMARAN BUNYI Pencemaran bunyi bermaksud bunyi bising yang keterlaluan yang boleh memekakkan telinga manusia atau haiwan yang mendengarnya. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 disebel (dB). Dari asalnya pencemaran bunyi berlaku dari perlakuan manusia. Terdapat juga pencemaran bunyi yang semula jadi contohnya, bunyi guruh dan air terjun. Pencemaran bunyi semula jadi kebiasaanya menyenangkan manusia. PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BUNYI 1) Kenderaan bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang kepada pencemaran bunyi. Ianya seringkali berlaku apabila pemandu membunyikan hon ,menghidupkan kenderaan atau bunyi yang datang dari ekzos kenderaan tersebut. Sebagai cont...

Konsep Pembangunan dan Alam Sekitar

KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR: 1. Pembagunan (untuk pertanian, perindustrian, perniagaan, penempatan, dan lain-lain) sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar 2. Fizikal manusia membangun = kualiti hidup manusia merosot 3. Justeru, wujudlah pembangunan yang tidak seimbang dan tidak mampan

Pendahuluan

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam Perak Aman Jaya. Terlebih dahulu kami bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin NYA dapat juga kami meyiapkan tugasan bagi subjek Pengajian Malaysia yang bertajuk Pembangunan Dan Alam Sekitar. Sepanjang tugasan ini disiapkan, kami banyak mempelajari perkara-perkara yang baru. Kami juga dapat mengetahui pelbagai maklumat yang baru tentang Pembangunan Dan Alam Sekitar. Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung terutamanya kepada pensyarah kami iaitu Encik Mohd Khir Johari Bin Abas yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami. Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa kami yang banyak memberi sokongan dari segi fikizal dan mental untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dalam kumpulan kami kerana memberikan kerjasama yang sangat baik untuk menjayakan tugasan ini. Segala bantuan yang diberikan a...

Nama-Nama Ahli Kumpulan

Nurfatin binti Badrul Hisham 15DRM17F2009 Nur Puteri binti Suharto 15DRM17F2007 Norzulaika binti Norhisham 15DRM17F2006 Siti Khadijah binti Jazlan 15DRM17F2008 Nor Fazriyana binti Ahmad Padil 15DRM17F2004